Kritikan terhadap respons kerajaan terhadap banjir Malaysia 2021–2022
Kritikan terhadap respons kerajaan terhadap banjir Malaysia 2021–2022

Kritikan terhadap respons kerajaan terhadap banjir Malaysia 2021–2022

Kritikan terhadap respons kerajaan terhadap banjir Malaysia 2021–2022 merujuk kepada isu-isu pengurusan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob terhadap banjir Malaysia 2021–2022, suatu bencana banjir yang melanda Semenanjung Malaysia yang dianggap luar biasa oleh kerana banjir mengenai Lembah Klang yang tidak lazim menerima bencana banjir. Secara khusus, kritikan-kritikan yang diutarakan termasuk ketiadaan amaran prabanjir yang betul, kelewatan pemberian bantuan oleh kerajaan, sikap sambilewa kerajaan dalam menguruskan bencana, dan tindakan kerajaan yang mempergunakan bencana banjir demi kepentingan politik peribadi.Secara am, pembinaan kritikan dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan digandakan melalui media sosial, di mana para rakyat meluahkan perasaan marah terhadap kerajaan serta mendedahkan-mendedahkan kontroversi yang diterbitkan mereka.[1] Susulan itu, ramai pihak menuntuk perkara-perkara seperti peningkatan kesiapsiagaan bencana negara serta reformasi struktur pemerintahan negara yang dianggap terlalu besar dan korup.[2]

Rujukan

WikiPedia: Kritikan terhadap respons kerajaan terhadap banjir Malaysia 2021–2022 https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-12-24... https://www.channelnewsasia.com/asia/malaysia-sela... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/12/22... https://www.malaysiakini.com/news/603730 https://www.malaysiakini.com/news/604159